SEJARAH PENUBUHAN SURAU




Sejarah penubuhan surau agak unik bermula apabila sekumpulan kecik penduduk mulai mendiami kawasan perumahan ini mulai akhir tahun 1995. Mereka terpanggil untuk mendirikan sebuah surau bagi melaksanakan ibadah solat berjemaah dan sebagai institusi bagi pelbagai aktiviti kemasyarakan setempat. Mesyuarat pertama diadakan di rumah Pak Bujang terdiri dari En Abdul Razak Mustafa, En Omar Kamal, En Hassan, Tn Hj Rosli Hj Mohamad dan Pak Bujang sendiri. Selang beberapa hari mereka mengadakan satu mesyuarat kecil di rumah no 43 jln surada 14.

Mesyuarat tersebut memutuskan supaya menghantar wakil berjumpa dengan pihak pemaju bagi membincangkan usul ini dan En Omar Kamal menjadi wakil dalam pertemuan tersebut dan berjaya mendapatkan sebuah rumah no 39 jalan surada 3 sebagai tapak surau sementara yang diubahsuai. Disitulah warga Surada mula menunaikan solat berjemaah sehinggalah surau baru (surau sekarang) siap dibina. Rentetan dari itu tertubuhlah Jawatankuasa Penaja Surau Desa Surada diketuai oleh Tn Shaik Hassan bin Shaik Hussin.


YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi semasa merasmikan sambutan 15 tahun
Surau Al Mujahidin

 ........ bersambung.